Akhil Hayy - Waheeda

⊆ 10:44 PM by kindaichi_09 | ˜ 0 comments »

Baru2 ni keluar berita tentang Ustaz Ahil Hayy dah bernikah dgn Waheeda... buat terutama kali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Akhil Hayy atas pernikahan beliau.. semoga berpanjangan hingga ke anak cucu.



Ada segelintir pihak yang mempersoalkan tentang hak poligami dalam Islam. Sebenarnya dah termaktub dalam hukum Islam itu sendiri tentang hal poligami, dan juga tersebut di dalam Al-Quran perihal mengenainya.. Oleh itu, mengapa kita masih mempersoalkan tentang poligami ini? Ingin saya tegaskan di sini, saya tidaklah menyokong 100% dalam hal poligami ini. Ada pro dan kontranya. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan memikirkan tentang hal ini.

Bebalik semula kepada perkara asas untuk sesuatu poligami itu berlaku. Seharusnya kita hendaklah mencontohi Rasulullah s.a.w, bukannya semata-mata mengikut hawa nafsu. Poligami semasa zaman Rasulullah s.a.w bertujuan untuk membantu dan meringankan beban para balu yang kehilangan suami mereka akibat peperangan. Tetapi apa yang kita dapat lihat pada hari ini, seseorang lelaki itu berkahwin lebih daripada satu untuk memuaskan nafsu mereka sendiri, kadang-kadang mengabaikan tanggungjawab kepada isteri-isteri mereka untuk memberi nakfkah zahir dan batin. Poligami ini sebenarnya amat berat tanggungjawabnya kepada pihak suami, kerana mereka perlu berlaku adil kepada semua isteri-isteri dan anak-anak mereka. Saya faham, seorang isteri itu bukan saja mahukan suami mereka bertindak sebagai ketua keluarga semata-mata, tetapi juga sebagai teman hidup mereka. Kerana itulah mereka berkahwin, tetapi impian mereka seolah-olah musnah setelah suami mereka berkahwin dengan isteri ke-2.

Ya, memang benar, tiada sesiapa yang mahukan kewujudan orang ke-3 dalam keluarga masing2.. tetapi kita perlu menerima hakikat, tidak ada seorang manusia yang bebas daripada melakukan kesilapan.. saya yakin bahawa Allah itu adil, tentu ada hikmah di sebalik kejadian-kejadian yang telah berlaku..

ps: berdoa semoga diri sendiri dapat berlaku adil dan seboleh-bolehnya mengelak daripada benda-benda sebegini.. Amin..


0 Responses to Akhil Hayy - Waheeda

= Leave a Reply